Wednesday, October 31, 2012

jarak...



♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH : " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥



Monday, October 29, 2012

Bulu kening...


Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening, dari zaman nabi lagi telah ada persoalan ini, sehingga ada hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan hukumnya.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Menurut pandangan syara’ adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.


Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur bulu kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia memburukkan paras rupa seseorang perempuan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah saw. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab:

“Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”

Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan-perbuatan yang disebut diatas termasuk mengubah ciptaan Allah.

Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik. Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka (kecuali untuk menghilangkan kejelekan yang luarbiasa), termasuk yang diharamkan ialah menghilangkan bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantik.

Aisyah r.a menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu”. Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.
Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Para ulama’ berpendapat harus mencukur bulu-bulu tersebut supaya tidak kelihatan buruk,tapi bukan mencukur bulu kening melainkan bulu kening itu tumbuh hingga ke kelopak mata atau bersambung antara dua kening.

Lebih diharamkan lagi, jika mencukur alis itu dikerjakan sebagai simbol bagi perempuan-perempuan cabul.

Sementara ulama madzhab Hanbali berpendapat, bahwa perempuan diperkenankan mencukur rambut dahinya, mengukir, memberikan cat merah (make up) dan meruncingkan ujung matanya, apabila dengan seizin suami, karena hal tersebut termasuk berhias.

Harus diperhatikan di sini ayat yang ‘diboldkan’itu, dengan izin suami dan sudah tentu di dalam rumahnya,jika diluar rumah sudah tentu tidak dibenarkan syara’.
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin:

Menghilangkan bulu alis (termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo) termasuk salah satu dosa besar, kerana Rasulullah SAW bersabda,

“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang membuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadits tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan tersebut.

Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan mengundang laknat Allah.

Sebagai wanita muslimah yang menjunjung syariah suci sebagai panduan hidup, maka tidak sewajarnya kita terikut-ikut dengan cara wanita bukan Islam atau wanita fasiq menghias diri. Kerana kecantikan zahir yang kita dambakan itu sebenarnya tiada nilai disisi Allah SWT. Wajah kita hanyalah tempat jatuhnya pandangan manusia sedangkan Allah tidak memandang jasad yang cantik,bahkan tempat jatuhnya pandanganNya adalah hati kita. Maka perindahkan hati dan besihkan jiwa kita sebelum kita mencantikkan luaran kita. Sementara untuk mencantikkan rupaparas, hendaklah kita mengambil kira pandangan Allah dan RasulNya, jangan sesekali kita membelakangkan Tuhan dalam urusan hidup kita.

Wallahu A’lam.

Saturday, October 13, 2012

senangnya dapat pahala!


♥ ♥ KELEBIHAN NIKAH ♥ ♥

♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahuakbar...SERONOKNYA.... ♥


bila lah??!...hehehehe




Thursday, October 11, 2012

Allah bersama kita...


JANGAN BERSEDIH SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA.....



                                              LA TAHZAN YA SAHABAT!! :)
                                                                                                                                         

pakai cincin



Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda. Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)




dan janganlah memakai pada jari:

  • jari tengah
  • jari telunjuk


Nabi Muhammad S.A.W melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah kerana meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut A.S.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam. Kalau tidak, sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W, maka dapatlah kita akan pahala....

renung-renungkan dan selamat beramal...:)


wahai hati...




Wahai Hati…
Bersabarlah dalam menanti,
Yakinlah janji_Nya adalah pasti..
Pada akhirnya kebahagiaanlah yg kelak kan
diraih.
Wahai Jiwa…
Tenanglah dalam lara,
Percayalah bahwa janji_Nya adalah nyata.
Jangan pernah ragu dengan kehendak_Nya
DIA lebih tau mana yang terbaik untuk para
hamba2_Nya.
Wahai Raga…
Tetaplah istiqomah dalam asa,
Cinta yang suci sedang menguji keimanan
kita..
Seberapa sabar kita dalam menunggu…
Seberapa kuat kita saat tertatih…
dan seberapa tegar kita disaat rapuh…
Segala uji dan cuba_Nya tak pernah ada
yang sia2,Dibalik itu semua pasti ada
hikmah dan barakahnya, bersabarlah
untuk suatu Keindahan..
Kebahagiaan itu pasti kan datang
untukmu...Disaat yang Indah di waktu yang
tepat…insyaAllah..:)


sedap sungguh air mata Adam..


Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

.Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

 Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau.

Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.

"Apa Yang Akan Ditanya:Dalam sehari ada 24 jam. ?

 Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.

Pertanyaan itu ialah,
"Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari KiamatDi hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ?
 Lalu dijawab
:"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.

Mereka di = dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

"Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.

Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya :

 "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.


  •  Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
  • Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
  •  Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
  • Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
  •  Kelima, orang yang suka minum arak."





Wednesday, October 10, 2012

Kebaikan sujud..


15 Kebaikan Sujud Dalam Solat | Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. Berikut merupakan 15 kebaikan sujud dalam solat. Semoga ia dapat memotivasikan diri untuk tidak meninggal solat wajib dan mengejar berbuat solat sunat.



1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud dalam solat adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. – Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut .(Convulsions).
13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong ,riak takbur dan sebagainya.
15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud dalam solat yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Tidur



"Sesiapa yang mengucapkan pada masa dia mahu tidur : Astaghfirullahal' azim...allazi La ila-ha illa, huwal Hayyul Qayyum, wa atu-bu ilaih (Aku pohon ampun kepada ALLAH, tiada TUHAN selain DIA, DIA Yang Maha Hidup lagi Maha Berjaga, dan aku bertaubat kepadaNYA), maka di ampun dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan daun di pokok, walaupun sebanyak pasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia." (HR at-Tirmizi)





Friday, October 5, 2012

Bacalah Al-Quran..



::::Firman Allah yang bermaksud:::::

Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad SAW), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad SAW). (al-Maidah: 83)

Lihatlah sifat dan ciri para sahabat apabila turun al-Quran kepada mereka, ada yang menangis, ada yang gementar, sungguh hebat cinta mereka terhadap al-Quran.

Apa yang dimaksudkan dengan tadabbur? Maksud tadabbur adalah: Adalah renungan yang cermat, dan percermatan ayat-ayat al-Quran untuk dapat memahami makna, hikmah, ataupun maksudnya.

Asma' binti Abu Bakar memberitahu kita bagaimana orang dahulu terhadap bacaan al-Quran yang bermaksud: Dahulu para sahabat apabila dibacakan kepada mereka al-Quran, maka air mata mereka meleleh dan kulit mereka bergetar, sebagaimana Allah telah menjelaskan sifat mereka. (Tafsir Al Qurthubi).

Daripada ayat-ayat di atas dapat disimpulkan tanda tadabbur al-Quran:
Menyatunya hati dan fikiran ketika membaca al-Quran, dibuktikan dengan berhenti kerana takjub dan mengagumi makna yang terkandung.
Menangis kerana takut kepada Allah.
Bertambahnya kekhusyukan.
Bertambahnya iman, di antaranya diketahui dengan pengulangan ayat secara spontan.
Merasa bahagia dan gembira.
Gementar kerana rasa takut yang kemudian diikuti oleh rasa harap dan ketenangan.

Baginda Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Barang siapa membaca al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini". (riwayat Abu Daud & Ahmad)

Daripada Umar r.a, dia berkata: Nabi kalian telah berkata:
Sesungguhnya dengan al-Quran ini Allah mengangkat suatu kaum dan merendah yang lainnya. (riwayat Muslim)


Di antara adab yang perlu dipelihara oleh setiap orang yang membaca al-Quran adalah:

1- Ikhlas kerana Allah SWT. Ini kerana amalan membaca al-Quran adalah ibadat, maka setiap ibadat yang dilakukan kerana Allah mesti dilakukan dengan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredaan-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (al-Bayyinah: 5)

Baginda bersabda yang bermaksud:
Bacalah al-Quran dan berharaplah kamu akan keredaan Allah azza wa jalla…". (riwayat Ahmad dengan sanad yang baik)

2- Membaca dengan hati yang hadir sambil memerhatikan ayat-ayat Allah SWT, serta memahami tuntutan-tuntutan Allah. Dengan demikian akan takutlah hati-hati yang hidup itu. Lantas setiap kali membaca ayat Allah dia merasakan bahawa ayat itu benar-benar ditujukan kepadanya.

Ini ternyata dalam ungkapan Imam al-Qurtubiy yang bermaksud: "Sesiapa yang sampai kepadanya al-Quran seolah-olah Allah SWT telah berbicara dengannya".

Berkata al-Hasan bin Ali yang bermaksud:
"Generasi sebelum kamu melihat al-Quran sebagai surat-surat rasmi dari Allah SWT, lalu mereka bertadabbur pada malam hari dan mencarinya di siang hari". (Imam al-Nawawi, al-Tibyan)

3- Membaca al-Quran dalam keadaan suci daripada kekotoran, sama ada kekotoran hukmiy mahupun kekotoran maknawi.

Tuntutan ini semata-mata bagi mengagungkan kalam Allah SWT.

4- Hendaklah membaca al-Quran di tempat-tempat yang bersih, bukan ditempat yang tercemar kebersihannya.

5- Hendaklah memulakan bacaan dengan membaca Istia'azah ('Auzubillah). Ini berdasarkan saranan al-Quran di dalam surah al-Nahl, ayat 98 yang bermaksud: Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam. Mudah-mudahan dengan demikian dapat menjauhkan gangguan syaitan ketika seseorang membaca al-Quran.

6- Di antara tuntutan yang lain ketika membaca al-Quran adalah memperelokkan alunan bacaan dengan, kalau boleh dengan bertarannum.

Galakkan ini dapat dilihat melalui sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Barang yang dibenarkan Allah kepada Nabi-Nya (Rasulullah SAW) bertarannum dengan al-Quran serta meninggikan suara dalam bacaan al-Quran. (riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat yang lain Jubair bin Muta'am r.a berkata yang bermaksud:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW membaca surah al-Thur dalam solat maghrib, Aku sama sekali tidak pernah mendengar bacaan yang seindah itu dari sesiapa pun sebelum ini. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Namun demikian kita dilarang mengganggu orang solat atau orang tidur dengan bacaan yang kuat.

7- Hendaklah membaca al-Quran dengan tartil, menurut saranan al-Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud:
…dan bacalah Al-Quran dengan tartil. (al-Muzammil: 4)

Membaca dengan penuh ketenangan tanpa tergopoh-gapah. Kadang-kadang ada di antara kita yang hendak mengejar khatam sampai lupa untuk menjaga hukum tajwid dan fasahah.

Apabila seseorang itu membaca al-Quran dengan terkejar-kejar pasti akan melakukan banyak kesalahan. Lebih rugi lagi apabila membaca al-Quran tidak sempat memahami maksud ayat-ayat Allah SWT.

Kebanyakan orang yang bertadarus kadang-kadang tidak begitu serius dalam membetulkan bacaan apa yang menjadi matlamat mereka adalah khatam al-Quran.

Apa ertinya saban tahun kita mengkhatam al-Quran tapi tidak ada yang berusaha memahaminya. Tidak faham bahasa al-Quran bukanlah alasan yang munasabah untuk tidak menghayati al-Quran.

Janganlah sampai kita dilaknat al-Quran gara-gara membaca tanpa ada usaha ke arah memahaminya. Soalan yang paling mudah untuk kita faham bersama, berapa lama kita sudah membaca surah Yasin?

Mungkin ada di antara kita yang membaca surah Yasin untuk 10 tahun atau lebih dari itu, dan mungkin juga kurang dari itu, tapi soalan ini saya tujukan kepada yang sudah lebih 10 tahun membaca Yasin.

Adakah mereka faham apa yang dibaca, dek kerana dah lama membaca Yasin dah ada yang menghafalnya pun, sayangnya dia hanya membaca dan menghafal tetapi tidak memahaminya.

Kita juga tidak mahu mendapat kerugian melalui al-Quran, kelak al-Quran akan berhujah ke atas orang yang membaca sahaja al-Quran tapi tidak beramal dengannya.

:::::Apa yang kita harap, biar al-Quran yang berhujah mempertahankan kita di hadapan Allah SWT.:::::

Makna bacaan dlm solat..

Assalamualaikum..harini aku nak kongsi ilmu bacaan dalam solat supaya sama-sama kita  lebih paham dan khusyuk dalam ibadah solat...semalam sorang sahabat request suruh aku share bacaan dalam solat dalam blog ni ...tima kasih tau sbb sudi bg idea..mudah mudahan ilmu yang kita kongsi ni dapat memberi manfaat untuk aku dan semua ...insyaAllah..:)



     TAKBIRATUL IHRAM


DOA IFTITAH


AL-FATIHAH



RUKU'


 I'TIDAL


SUJUD


DUDUK DIANTARA DUA SUJUD


TAHIYYAT AWAL


TAHIYYAT AKHIR



DOA QUNUT








Thursday, October 4, 2012

Ada Mu..

Assalammualaikum...:)

Jom nyanyi dan menghayati lagu ni  sama-sama :)
     
                                              
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

setiap hari kita perlu  muhasabah diri supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita kecapi harini..selain beribadah kita juga boleh membuat aktiviti lain spt menghayati lagu-lagu atau kata-kata motivasi yang lebih mengingatkan kita pada Maha Pencipta serta lebih bersemangat mengharungi kehidupan kita hari ini dan akan datang.... :)

renung-renungkan dan selamat beramal 
peace ◕‿< !!!



♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥



Tuesday, October 2, 2012

10 sebab solat tak diterima..



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

“Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya”.

Terdapat Hadis Rasulullah saw juga mengatakan bahawa terdapat 10 golongan manusia yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT iaitu :


  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
  4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
  6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
  7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
  8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
  9. Orang yang suka makan riba.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Rahsia Amalan Wanita Solehah..





1. Mendirikan solat

Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin  dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya

Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha

Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya  melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun  Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah  selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.