Friday, November 2, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH





Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

Thursday, November 1, 2012

persediaan perkahwinan yg wajib diketahui...


1. Memilih jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya serta suami masing-masing seperti yang diterangkan sebelum ini.

2. Memilih bakal isteri
Sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri yang sesuai bagi mereka. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat, seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan yang telah diberikan oleh Nabi S.A.W. iaitu mementingkan faktor agama selain daripada keturunan, harta dan kecantikan.


3. Memilih bakal suami
Perempuan juga digalakkan untuk memilih bakal suami yang baik dan mulia. Nabi S.A.W. menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut:
-Beragama
-Berakhlak mulia
-Beradab
-Mempunyai harta dan keturunan mulia

Diantara tujuan pemilihan calon suami dan isteri ialah untuk memberi kepuasan hati dan keyakinan dalam memilih dan menentukan pasangan suka dan duka kelak. Ini penting sebagai ikhtiar dan permulaan kepada perancangan kehidupan berkeluarga.


4. Meminang

Meminang ialah lamaran seseorang lelaki terhadap perempuan untuk dijadikan isterinya. Dalam maksud lain meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk melangsungkan perkahwinan.



5. Mas kahwin

Setiap akad perkahwinan mestilah mempunyai mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah serta manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perkahwinan.

Mas kahwin dibahagikan kepada dua jenis:

1. Mas kahwin yang ditentukan dan disebutkan semasa majlis akad dan dinamakan mahar musamma. Mahar musamma dibahagikan kepada 2 jenis:

-Mahar musamma al-Mua'jjal
Mas kahwin yang disebut di dalam akad serta dibayar oleh suami secara tunai dan segera.

-Mahar musamma al-muajjal
Mas kahwin yang disebut semasa akad, tetapi dibayar secara tangguh dan hutang.


2. Mas kahwin yang tidak ditentukan jumlahnya sewaktu akad dan dinamakan mahar mithil. Mas kahwin jenis ini mestilah dibayar kepada pengantin perempuan mengikut kadar penilaian ahli keluarga dan sandara perempuan isteri...


6. Hantaran

Hantaran mengikut adat orang melayu ialah barang yang terdiri daripada mas kahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Hantaran dibawa pada hari berlangsungnya perkahwinan dan akad nikah sama ada bagi pihak pengantin lelaki kepada perempuan dan pengantin perempuan kepada lelaki dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11. Membawa hantaran adalah harus dalam syariat Islam selagi benda tersebut bernilai dan membawa faedah serta suci dan tidak ditegah oleh syara'.



7. Kenduri kahwin

Kenduri ialah jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan sama ada bagi pihak pengantin lelaki ataupun perempuan. Mengadakan majlis kenduri sunat muakkad hukumnya, iaitu sunat yang sangat dituntut supaya dilaksanakan walaupun secara kecil-kecilan sahaja. Apa yang penting majlis kenduri bukanlah satu cara untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan tidak mencampurkan unsur-unsur maksiat dalam majlis yang berkat itu.

Itulah antara persediaan yang perlu ditempuhi oleh pengantin lelaki dan wanita untuk menempuhi dan melangsungkan perkahwinan. Apa yang penting, Islam tidak pernah menyusahkan seseorang dalam satu perkara. Jika tidak mampu untuk berbelanja besar, cukuplah dengan sekadar apa yang ada dan bersederhana dalam perbelanjaan.