Tuesday, June 24, 2014

selamat hari lahir


23/06/1989 ~ 23/06/2014

SELAMAT HARI LAHIR PUAN SHAHIRAH BINTI SHARUDDIN ;)

Alhamdulillah kelmarin umur aku dah genap 25tahun...dah 25tahun aku menumpang di bumi Tuhan ni..aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana memberi peluang pada hambaMu ini merasa kehidupan sebagai seorang anak, isteri, menantu, dan bakal mama!

tahun ni aku rasa ulang tahun kelahiran yang sangat istimewa sebab keadaan diri aku yang berbadan dua ni..baby pula macam tau2 saja hari lahir mama dia.hihi...bukan main lagi dia bergerak aktif dalam ni...seolah2 ucap hepi beday mama!! hihii tersenyum aku sepanjang hari bersama suami tengok perot bergerak2 kerap lak tu hekhek :p

eh``
xlupa juga besday aku kali ni juga merupakan ulang tahun kelahiran pertama aku sebagai isteri pada encik amar yassir...tima kasih abang...sbb wish besday ayg orang yang pertama...(msti la orang pertama sebab dok dalam satu rumah) hahaa...tima kasih juga hadiah telekung dan power bank untuk ayang...telekung semperna ramadhan nak mai ni in shaa Allah.. (semoga abg beroleh pahala dgn itu syg)...power bank pula untuk kegunaan masa perjalanan jauh bila baik penang...10jam..asyik abis bateri je..:( tima kasih abang sebab selalu fikir pasal keselesaan isterimu ini (ada rezeki lebih dapat lerr katanya) hihihi tapi...besday abang ayang xbagi apa pun..kalu nak bagi boleh tapi ayang kena minta duit kat abang jugak! sbb ayang kan xreja...hukhukhuk :( (ckup la hadiah baby dalam ni..tunggu bulan seploh k!! :p


terima kasih!

beribu-ribu terima kasih pada semua insan2 yang memberi ucapan melalui fb,msj,wasap, dan wechat "selamat hari lahir" dan doa2 dari kalian semua...Amin ya Rabb...semoga doa dari orang sekeliling aku dikabulkan Allah swt...(^_^)

ucapan yang sangat istimewa bagi aku adalah dari ibunanda tersayang...melalui mesej hp :;" selamat hari lahir semoga selamat semuanya.bertambah kekuatan iman, bertambah kekuatan kualiti kerja2 amalan untuk Allah seikhlas mungkin"

Allah...terharunya anakmu ini.. :'(

Ya Allah..berkatilah umurku selama mana engkau mengizinkan aku bernyawa dimuka bumiMu ini...kurniakan 
aku keimanan dan kesihatan yang baik untuk beribadah kepadaMu dengan sempurna..aminn








Wednesday, June 18, 2014

Belum rezeki

Hanya Allah yang tahu perasaan aku bila baca mesej kat hp dari SPA....'ANDA DIJEMPUT MENGHADIRI PEMERIKSAAN FIZIKAL PENOLONG PENGUASA PENJARA GRED KX27...LAYARI www.spa.com.my untuk maklumat lanjut...

Ya Allah peluang selama ni yang aku tunggu.....tapi.............segalanya xdapat nak diubah...Allah tau apa yang terbaik buat aku...camna la aku nak hadir ujian fizikal tu...aku kan "MENGANDUNG''...(huhuhu baru sedar)...confirm2 la aku xleh nak p...xpalah aku redha atas apa yang tersurat.belum rezeki kita anak...aku tau Allah dah sediakan aku rezeki yang lain...cuma aku kena lebih bersabar...




#tarikh tu.......my special date...hukhukhuk...(besday aku lak tu...^_^)

Gadis ke teruna??

Disebabkan berat naik melampau nurse ada bagi assignment suruh aku checkup tekanan darah setiap 3 hari sekali...apa lagi kena la p klinik swasta..nak p klinik desa tu abah dia keja lak siang..jadi malam jala yang free pun..huhu
alang2 nk ke klinik swasta tu mama dan abah exited la nak scan skali insan aktif yang menghuni dalam perut mama ni sebab orang kata 5 bulan keatas buleh scan dah...sekarang dah 24minggu yey! ;)
sampai klinik ..abah dia laju2 ikut mama masuk bilik doc sbb nk tengok anak dia ni gadis ka teruna...kihkih



doc kata nampk burger ni..perempuan...kalau lelaki nampak macam buah apel..hihi.....alhamdulillah xkisah la anak mama ngan abah ni girl ka boy janji kamu sihat sayang.....

#gambar atas tu doc kata paha tu...doc nak tunjuk kan yang ada garisan tu la tanda baby girl.hihi..segalanya aku berserah padaMu YaAllah...Engkau peliharalah zuriat ku ini selama mana ia berada didalam rahimku ini... :)


#stokin kait ni mama dengan abah dah terbeli awal masa jalan2 kat penang aritu...bekenan tengok..kalau baby mama ni girl untuk kamu la sayang...hihihi







Sunday, June 8, 2014

Sayang anak mama

Assalamualaikum..harini ada sikit mood nak update blog aku yang dah lama sunyi ni...bukan xda masa nak update tapi aku sangat malas nak menaip..hihi..
syukur alhamdulillah aku berterima kasih pada Allah swt sbb mengurniakan rezeki kesihatan yang semakin baik untuk aku dan zuriatku didalam rahim ni...daa lima bulan 3 minggu da anak mama semakin membesar dalam rahim mama ni....
setiap hari merupakan hari yang sangat bahagia bila anak mama ni akif bergerak didalam ni...mama ngan abah suka sangat bila baby mama ni bagi tindak balas bila mama ngn abah sembang2 dengan dia...
.mama dan abah bharap kamu dapat merasai kasih sayang kami dari awal lagi sayang...mama sentiasa doakan kesejahteraanmu sayang....mama abah sayang baby ..





doa untukmu anak...

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat. Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Tuesday, May 6, 2014

Rahsia dan Kelebihan didalam ais

Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.
 

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

**Siapa ckp mnum ais melemahkan tenaga batin?

Sunday, May 4, 2014

Amalan Ibu Mengandung

Amalan ibu mengandung menurut Islam sangat digalakkan bagi melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Amalan ibu ketika mengandung akan mempengaruhi janin dalam rahim ibu itu.




Amalan amalan ibu mengandung ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah dan korang boleh dapatkan bukunya. Tetapi, amalan-amalan ini juga perlu diamalkan oleh si suami.


Amalan Ibu Mengadung

  • Jangan bergaduh dengan pasangan ketika mengadung bagi mengelak anak yang ganas dan panas baran.
  • Bersedekah bagi melahirkan anak yang jiwanya lembut
  • Elakkan mengidam benda yang pelik-pelik
  • Ibu bapa perlulah rajin solat bagi melahirkan anak yang mudah mendapat hidayah dan petunjuk
  • Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT
  • Banyak berdoa kepada Allah SWT
  • Rajin berpuasa sunat. Ibu mungkin tidak larat. So, si suami digalakkan berpuasa sunat ketika si isteri mengandung contohnya sunat isnin dan khamis
  • Sempurnakan solat wajib dan memperbanyakkan solat sunat contohnya sunat hajat dan taubat
  • Banyakkan zikir kepada Allah SWT. Si suami digalakkan sentiasa berzikir contohnya ketika memandu. Ini akan melahirkan anak yang kuat jiwanya, akalnya dan kuat fizikalnya.
  • Banyakkan membaca al-Quran.
  • Surah Amalan Ibu Ketika Mengandung
  • Banyakkan membaca buku-buku ilmiah contohnya kisah-kisah para anbia, para sahabat dan lain-lain
  • Berbual dengan anak yang masih dalam kandungan sambil mengusap perut si ibu.
  • Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman contohnya memasak, melipat baju dan lain-lain bagi memudahkan proses melahirkan anak nanti. Dan si suami mestilah membantu si isteri melakukan kerja-kerja rumah itu
  • Tidak terlalu tertekan atau stress setelah melihat fizikal badan yang membesar tetapi seronoklah melihat anak anda yang sedang membesar. Oleh itu, si suami kena sentiasa bersama isteri jika isteri penat, pening atau sakit.
  • Menjaga adab dan emosi. Akhlak si suami dan isteri akan diwarisi oleh anak mereka.
  • Makan makanan yang baik.
  • Jauhi sifat dendam dan dengki dan sentiasa bersangka baik.
  • Rajin mengukirkan senyuman
  • Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.




Perkara yang perlu dielakkan ketika ibu mengandung

  • Elak mengidam makanan yang pelik dan buruk 
  • Elak makan dan minum yang haram 
  • Elak makan makanan yang berbisa contohnya pari, ikan sembilan, nenas, tapai dan lain-lain. 
  • Si suami mesti elakkan daripada melakukan perkara yang dapat menyedihkan si isteri 
  • Elak penampilan yang tidak menarik dihadapan si suami 
  • Jauhi maksiat 
  • Jauhi pertuturan yang negatif atau tidak baik 
  • Jauhi amalan khurafat 



Wednesday, April 9, 2014

Wanita Solehah Lebih Baik Dari Bidadari Syurga


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya “Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata “Pelajarilah mereka! Supaya kamu berjaya nanti. INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak, malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

Muslimah


Muslimah itu , 
terkadang gelak kuat tak henti , terkadang juga minum berdiri , terkadang sebelum tidur trlupa baca doa & ayat kursi , 
terkadang pakai stoking dimulai kaki kiri , 
terkadang aci redah sarung kasut org lain tanpa disedari .

Muslimah itu , 
terkadang gembira sampai trlompat terkinja smbil trsenyum tayang gigi , 
terkadang menitis air matanya laju tak terperi , 
terkadang rasa lemah smpai tak mampu nk bangun2 lagi , 
terkadang rasa marah menguasai diri , 
sampai rasa nk lempang org tu laju2 without mercy .

Muslimah itu , 
adalah manusia biasa , 
yg tak lari dari segala perasaan sebagai manusia , 
yg tak lari dari segala mcm ujian dan pancaroba , 
yg tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya , 
yg tak lari dari buat khilaf dan dosa .

Kerana apa ? 
Kerana dia juga manusia biasa . Apa2 pun , yg pastinya , muslimah itu sentiasa bangkit bila trjatuh , sentiasa cuba gembirakan hati org lain walau hatinya sendiri remuk , sentiasa cuba nk improve diri , 
dari semasa ke semasa tnpa henti , walau terkadang dia trsungkur , itu bkn kerana dia lemah , 
tapi itu kerana dia cuba ambil masa utk bangkit semula , 
jadi kuat dari sebelumnya , 
kerana dia berusaha utk mnjadi bidadari dunia , dan juga di akhirat sana ,

insyaAllah :')

Monday, January 6, 2014

Setahun Sudah..

Bismillah...
Assalamualaikum my blog!..wahh rupanya dah setahun kita xjumpa ya..setahun ni juga lah banyak perkara yang aku lalui dalam hidup ini...alhamdulillah sekarang aku sudah menjadi seorang isteri kepada seorang suami yang bernama Encik Amar Yassir bin. Zabidin. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang aku merasa nikmat bertunang..menjadi seorang menantu..dan juga seorang isteri...terima kasih Ya Allah...peluang yang Engkau kurniakan akan aku usaha untuk menjadi yang terbaik diantara terbaik sebagai seorang hamba, anak, menantu, adik, kakak, dan isteri...dannn..seorang ibu! (mudahan ada rezeki) .azam 2014 juga ni..hihi in shaa Allah :)


Dah setaun kita xjumpa kan, jum nak share gambar-gambar pada hari-hari bahagiaku untuk taun lepas....syukurillah :)


03.02.2013 : Majlis Pertunangan 







28.11.2013 : Majlis Pernikahan 















30.11.2013 : Majlis Perkahwinan












01.12.2013 : Majlis Bertandang