Wednesday, September 19, 2012

kita semua adalah istimewa

Setiap daripada kita dilahirkan daripada rahim seorang ibu.Biar sehebat mana kita membenci diri sendiri,jangan pernah lupa bahawa suatu ketika dahulu kelahiran kita pernah disambut penuh tawa,riang gembira oleh ibu dan ayah. Biar pun satu dunia membenci, ingatlah bahawa kita tetap istimewa. Oleh sebab itulah Allah masih membenarkan kita hidup bernyawa. Jika ada satu perkara yang harus disedari supaya kita tidak berasa lemah itulah dia, ''we are special" . Kita punya akal. Akal adalah anugerah Allah yang tidak terhingga.Ia membezakan antara manusia dengan haiwan,juga tumbuh-tumbuhan. Manusia yang sering menghina diri sendiri dan bersikap lemah dihadapan orang lain sebenarnya sedang bersikap kufur dengan nikmat Allah. Dia tidak tahu menghargai nikmat akal yang dianugerahkan kepadanya. Seolah-olah penghormatan Allah itu tidak mahu diterima dan dianggap tidak bernilai. ''Aku bodoh mereka pandai,aku lemah tak punya apa2 mereka hebat.'' Orang yang tidak menghargai diri sendiri adalah orang yang tidak tahu berterima kasih dan bersyukur kepada Allah. Maka, menyedari bahawa kita semua adalah istimewa adalah menuju syukur.

Firman Allah:
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya.)(At-Tiin:4)

Keangkuhan kita,keengganan kita untuk menghargai ciptaan Allah, iaitu diri sendiri boleh mengundang murka Allah menjatuhkan martabat kita disisi Nya.

Apabila kita menyedari bahawa kita istimewa, kita akan lebih bersyukur.Kesyukuran itu membawa kita membawa kita menggunakan segala keistimewaan untuk berbakti dan taat kepada Allah.Kesedaran itu akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan dan menjadikan kita lebih bertenaga untuk melangkah. Kita tidak lagi merasa sedih dan lemah disisi manusia. Bahkan, itulah yang dikehendaki Allah. Kesimpulannya ada 1001 sebab yang boleh kita rungkaikan untuk membuktikan bahawa kita adalah istimewa :)


No comments: